Thursday, December 29, 2016

Waiting you


Dear Lat,

Aku minta maaf sepanjang perkenalan kita,
Banyak kenangan antara kita 
Pergi kafe sama-sama
Yang paling aku ingat
Habis program, kau terus teman aku pergi pasar malam
Dengan baju pergi dinner tu
Masa terkandas di stesen bas 
Kau teman sampai jam 1 pagi
Masa sakit, kau ada juga

Tapi aku dah musnahkan semua tu
Ya, aku yang musnahkan sendiri
Aku sendiri musnahkan sebab aku ni ego
Aku ini terlalu pentingkan diri sendiri
Aku salahkan orang lain dan keadaan masa itu
Kau tak bersalah
Kau langsung tak bersalah

Aku pilih orang lain 
Aku cuba lari dari perasaan dgn kau
Aku perlukan masa 

Tapi tanpa aku sedar
Aku dah buat kau terluka 

Lama-lama aku makin sedar
Aku dah lepaskan orang selalu ada 
Ada dengan aku masa susah masa senang

Mak selalu sebut pasal hang
Mak memang berkenan dekat hang
Bila ada restu keluarga pasti bahagia

Dulu hang pernah ckp,
Kalau aku balik dekat hang
Hang akan terima
Dah lama aku cuba untuk ungkapkan
Tapi aku takut
Aku takut

Tapi kenapa hang post kata move on
Kecewa aku

I'm really sorry from the start.
For hurting you

Its hard for me to trust someone more than you
Your Stalker from now

Khamis   1.25pm
Ayer Hitam
Menghadap Laptop 




Saturday, January 9, 2016

Aku didiskriminasikan 
Mungkin aku tak mampu nak kejar mereka
tetapi tak salahkan jikalau mereka
menghulurkan tangan
membantu aku yang masih lagi membina
kekuatan untuk berlari bersama-sama mereka
tak mengapa
bangun
langkah perlahan-lahan
dan jangan menangis
jangan pernah berundur 
terus mara ke hadapan
dan mara lagi
cuba sedaya yang mampu, tqah
ramai yang menyorakkan namamu agar kau terus berlari
dan berlari
tak mengapa jikalau kau tak dapat yang terbaik
asalkan kau berani mencuba
jangan risau kerana Allah ada denganmu.

18 Oktober 2013
tatkala mengenang nasib diri
Tanjong Malim, Perak