Saturday, May 16, 2015

Aku berserah pada takdir

Mak,
andainya mak tahu 
hati anak mak ni terluka lagi
tak sangka parut 5 tahun lepas
masih berbekas lagi
betapa kecewanya anak mak ini
anak mak ni cuba jadi kuat
tapi malangnya hati anak mak ni 
terlalu lembut nak disentuh 
apatah lagi kalau terluka 
sakit sangat mak

Mak
mengapa semua ini perlu anak mak lalui
berendaman air mata
siang malam
mencari jawapan tetapi masih tak kunjung tiba

Mak
lepas ni urusan jodoh tu semua
anak mak serahkan pada Allah
biarlah ia jadi jodoh istikharah anakmu ini
anakmu ini tak nak terluka lagi
hatinya rapuh

Ya Allah kau kuatkanlah hatiku ini
temukan aku dengan insan yang terbaik dariMu
sesungguhnya aku dah cukup terluka
terluka dengan apa yang berlaku
kuatkanlah aku dengan semua ini.

16 Mei 2015
8.45 pagi
Merenung siling
Tnjong Mlim.

No comments:

Post a Comment

komen ea .. mekaseh